25 maut, serangan militan di sekolah barat Uganda

25 maut, serangan militan di sekolah barat Uganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Sekurang-kurangnya 25 orang termasuk kanak-kanak maut dalam ‘serangan militan’ di sebuah sekolah di barat Uganda.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap polis, Fred Enaga.

Menurut Enaga, kumpulan Pasukan Bersekutu Demokratik (ADF) yang berpangkalan di timur Republik Demokratik Congo, menyerang sekolah menengah di Mpondwe, semalam.

Katanya, asrama sekolah itu dibakar dan stor makanan turut dirompak.

“Setakat ini, 25 mayat ditemukan di sekolah berkenaan dan sudah dipindahkan ke Hospital Bwera,” katanya.

Jelas Enaga, kanak-kanak dan remaja lelaki serta perempuan antara mangsa yang meninggal dunia.

“Selain itu, lapan mangsa turut ditemukan yang mana mereka kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Bwera,” katanya.

Dilaporkan, sekolah itu terletak kira-kira dua kilometer (km) dari sempadan.

Tambah Enaga, pasukan polis dan tentera sedang memburu penyerang disyaki melarikan diri ke arah Taman Negara Virunga National Park di sempadan Congo.

Sementara itu, Pesuruhjaya Wilayah, Joe Walusimbi memaklumkan sejumlah pelajar masih gagal dikesan lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya