15 sekeluarga maut makan bubur beracun di Namibia - Utusan Malaysia

15 sekeluarga maut makan bubur beracun di Namibia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WINDHOEK, NAMIBIA: Sekurang-kurangnya 15 ahli keluarga di luar bandar Namibia maut selepas makan bubur beracun, dalam kes keracunan makanan paling teruk di negara itu.

Media tempatan melaporkan, keluarga tersebut hidup dalam kemiskinan dan mereka sekeluarga menikmayti bubur yang diperbuat daripada sisa bijirin yang sebelum itu digunakan untuk menghasilkan minuman beralkohol.

Kesemua mangsa dari 21 ahli keluarga di sebuah kampung di wilayah timur laut Kavango East dilaporkan jatuh sakit selepas makan malam pada Sabtu lalu dan dikejarkan ke hospital, kata polis.

Setakat ini, 15 orang sudah meninggal dunia, kata jurucakap polis Kauna Shikwambi kepada AFP.

“Setakat ini, ia adalah jumlah kematian terbesar yang disyaki akibat pengambilan makanan yang mungkin bertoksik,” kata Shikwambi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya