Zimbabwe tersenarai negara paling `sengsara’

Zimbabwe tersenarai negara paling `sengsara’

ZIMBABWE mengatasi negara Venezuela, Cuba dan Syria dalam senarai Hanke’s Annual Misery Index. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Zimbabwe menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling sengsara di dunia.

Lapor Daily Mail, negara benua Afrika itu mengatasi Venezuela, Cuba dan Syria dalam senarai Hanke’s Annual Misery Index.   

Indeks tahunan itu menyenaraikan hampir 160 buah negara dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kadar pinjaman bank, pengangguran dan inflasi.

Zimbabwe yang mempunyai kira-kira 16 juta penduduk, kini berada dalam kedudukan teratas lima negara paling sengsara selama tiga tahun berturut-turut.

Dilaporkan, pemerintahan bekas pemimpin, Robert Mugabe selama 37 tahun di Zimbabwe menjadikan negara itu dikecam antarabangsa serta terpalit dengan rasuah, keganasan dan krisis ekonomi yang menyebabkan puluhan ribu rakyat terjejas.

Walaupun mendiang Mugabe digulingkan oleh tentera pada November 2017, negara yang kaya sumber mineral itu masih berdepan dengan krisis ekonomi teruk akibat pemerintahannya.

Dalam pada itu, Venezuela berada di tangga kedua diikuti Syria (tempat ketiga) dan Lubnan di kedudukan keempat. 

“Venezuela dibelenggu oleh salah urus ekonomi manakala Syria dilanda perang saudara yang mengerikan selama lebih sedekad,” jelas laporan itu.      

Sudan, Argentina, Yaman dan Ukraine masing-masing berada pada tempat kelima, keenam, ketujuh dan kelapan dan senarai indeks berkenaan.

“Cuba dan Turkiye pula menduduki tangga kesembilan dan ke-10 dalam senarai indeks tahun ini,” jelas laporan.

Britain kini berada di kedudukan ke-129 berbanding tempat ke-153 pada tahun lalu.

Pakar ekonomi di sebalik senarai itu, Profesor Steve Hanke mendakwa inflasi yang kini mencapai 10.1 peratus pada Mac lalu menjadi faktor penyumbang utama.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya