Wanita maut jatuh dari lif di lapangan terbang - Utusan Malaysia

Wanita maut jatuh dari lif di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DELI SERDANG: Seorang wanita maut dipercayai terjatuh dari lif di Lapangan Terbang Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara, pada Isnin lalu dan mayatnya hanya ditemukan tiga hari kemudian.

Mangsa yang dikenali sebagai Aisiah Sinta Dewi Hasibuan, 38, ditemukan maut di bawah lif dan insiden itu terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV).

Wanita itu berada di lapangan terbang bagi menghantar ahli keluarganya menaiki
penerbangan.

Dalam rakaman tersebut, Aisiah mengenakan baju hitam sambil membawa beg tangan merah memasuki lif tersebut yang mempunyai dua pintu, iaitu depan dan belakang.

Aisiah berdiri di pintu depan selepas masuk ke dalam lif, lalu menekan nombor tingkat yang ditujuinya iaitu tingkat dua.

Selepas tiba di tingkat dua, pintu lif di bahagian belakang terbuka, sedangkan mangsa tidak menyedari keadaan tersebut dan menyangka pintu di depannya tersekat.

Panik dengan keadaan itu, mangsa dilihat menggunakan telefon, dipercayai cuba menghubungi seseorang sebelum berusaha membuka pintu lif.

Ketika pintu lif itu terbuka, Aisiah dalam keadaan terburu-buru terus keluar dan tidak perasan ruang terbuka di hadapannya sehingga menyebabkan dia terjatuh ke bawah.

Insiden itu hanya diketahui selepas keluarga Aisiah membuat laporan kepada lapangan terbang selepas wanita terbabit tidak pulang ke rumah.

Petugas lapangan terbang hanya menemukan mayat Aisiah selepas terhidu bau busuk di bahagian bawah lif.

Sementara itu, polis memaklumkan, insiden itu akan terus disiasat dan masih menunggu laporan bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya