Wanita kurung teman lelaki tiga hari dalam bilik elak curang

Wanita kurung teman lelaki tiga hari dalam bilik elak curang

WANITA tersebut ditahan polis selepas mengurung teman lelakinya selama tiga hari dalam bilik di rumahnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Seorang wanita sanggup mengurung teman lelakinya di dalam rumahnya selama tiga hari bagi memastikan lelaki itu tidak berlaku curang.

Pada Sabtu lalu, polis di bandar La Plata menyelamatkan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dikurung di dalam sebuah bilik di rumah kekasihnya.

Lelaki itu mendakwa dia dikurung selama tiga hari selepas bertengkar dengan teman wanitanya.

Pasangan itu baru menjalin hubungan cinta selama enam bulan.

Katanya, teman wanitanya mempunyai sikap terlalu cemburu sehingga sering berfikir dia akan berlaku curang.

“Saya dipaksa membuang aplikasi Whatsapp di dalam telefon bimbit sebelum teman wanita saya menghempaskan telefon itu ke lantai.

“Tidak lama kemudian, dia mengurung saya di dalam bilik selama tiga hari sebelum saya berjaya mencuri telefonnya dan menghubungi rakan,” katanya.

Ketika polis tiba di kediaman itu, mereka boleh mendengar suara lelaki itu meminta tolong dan teman wanitanya yang berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Jelas lelaki yang enggan identitinya didedahkan itu, teman wanitanya turut menetapkan masa keluar dan balik jika dia bersama rakan-rakannya.

“Sikap cemburunya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan tidak sangka dia sanggup mengurung saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya