Ukraine dakwa Russia guna bom fosforus di Bakhmut

Ukraine dakwa Russia guna bom fosforus di Bakhmut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine menuduh tentera Russia melakukan serangan menggunakan bom fosforus di bandar Bakhmut yang kini dikepung.

Lapor BBC, rakaman dron yang disiarkan oleh tentera Ukraine menunjukkan kebakaran tercetus di sekitar Bakhmut ketika bandar itu dihujani bom fosforus putih.

Kementerian Pertahanan Ukraine menerusi ciapan di Twitter memaklumkan serangan bom itu menyasarkan beberapa ‘kawasan tanpa penduduk’ di bandar Bakhmut.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila serangan itu berlaku.

Namun, rakaman dron pengawasan yang disiarkan oleh Ukraine menunjukkan beberapa bangunan tinggi terbakar.

Dilaporkan, bom fosforus merupakan senjata pembakar yang tidak diharamkan namun penggunaannya di kawasan awam dianggap sebagai jenayah perang.

Malah, penggunaan senjata itu juga dilihat sebagai mencabul undang-undang antarabangsa secara terang- terangan.

Bomb fosforus merupakan unsur yang paling mudah menyala ketika di udara, selain sukar dipadamkan apabila api merebak dengan cepat.

Sebelum ini, Russia pernah dituduh menggunakan bom fosforus beberapa kali namun dakwaan itu dinafikan oleh Moscow.

Rusia berusaha menawan Bakhmut sejak beberapa bulan lalu walaupun nilai strategiknya dipertikaikan.

Pegawai Barat menganggarkan ribuan tentera Moscow maut dalam serangan itu.

Pegawai Barat telah menganggarkan bahawa beribu-ribu tentera Moscow telah mati dalam serangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya