Tujuh maut bumbung sekolah runtuh dipukul ribut di utara Thailand

Tujuh maut bumbung sekolah runtuh dipukul ribut di utara Thailand

KEADAAN bumbung besi sebuah sekolah yang runtuh dalam satu kejadian akibat ribut di utara Thailand. - AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk empat kanak-kanak terbunuh kelmarin apabila angin kencang akibat ribut menyebabkan bumbung besi sebuah sekolah runtuh di utara Thailand.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Rendah Wat Nern Por yang terletak di wilayah Phichit, 300 kilometer ke utara Bangkok.

Menurut pihak berkuasa, para pelajar yang lain mendapatkan perlindungan di pusat aktiviti ketika ribut berlaku dan insiden tersebut juga menyebabkan 18 orang cedera.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Patcharin Siri memberitahu, sebanyak empat murid lelaki, dua ibu bapa dan seorang tukang cuci sekolah maut dalam insiden tersebut.

Sementara itu, jabatan meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat di utara negara ini bagi sepanjang minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya