Tiga kereta Tesla tersadai 13 tahun di China dilelong - Utusan Malaysia

Tiga kereta Tesla tersadai 13 tahun di China dilelong

SATU daripada tiga kereta Tesla model Roadster yang tersadai di pelabuhan China selama 13 tahun.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tiga buah kereta Tesla Roadster 2010 yang belum pernah digunakan akan dijual selepas berada di dalam kontena perkapalan yang terbiar sejak 13 tahun lalu di China.

Lapor Mail Online, kereta daripada model yang sering mendapat permintaan tinggi itu berada dalam keadaan baik namun tidak pernah diambil oleh pembelinya selepas dihantar ke pelabuhan di China.

Kini, Syarikat Permotoran Gruber yang merupakan broker Tesla Roadster berpangkalan di Arizona menyenaraikannya untuk sesi lelongan dengan harga 600,000 pound (RM3.34 juta) sebagai bidaan terakhir bagi ketiga-tiga kereta elektrik generasi pertama itu.

“Bagaimana jika kita boleh kembali ke masa lalu dan membeli Roadster serba baharu daripada Tesla? Adakah anda akan melakukannya? Inilah peluang anda, memandangkan kapsul masa baharu sahaja dibuka.

“Pada tahun 2010, seorang pelanggan di China membeli tiga jenama LHD Roadster yang baharu daripada Tesla tetapi selepas dihantar ke dok di China, kereta ini ditinggalkan oleh pembelinya.

“Tiga kereta ini dibiarkan di dalam kontena laut, di pelabuhan tanpa disentuh tetapi caj penyimpanan terus dibayar oleh penjual,” jelas syarikat itu.

Ketiga-tiga kereta itu disenaraikan sebagai ‘Radiant Red’ Sport Roadster, dan dua Very Orange Sport Roadster yang dijual pada harga sekitar AS$128,500 (RM575,472) ketika keluaran pada tahun 2010.

Syarikat Permotoran Gruber berkata, ketika ini syarikat berkenaan tidak dapat memastikan sama ada kereta itu boleh dihidupkan kerana pek baterinya tidak aktif selama 13 tahun.

Menurut wakil syarikat itu, sebaik sahaja ketiga-tiga kereta itu kembali ke AS, kenderaan berkenaan akan dihantar untuk semakan teknikal sebelum dijual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya