Dua penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel

Tentera Israel bunuh dua penduduk Palestin di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENIN: Tentera Israel membunuh dua penduduk Palestin yang didakwa melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera dalam satu serbuan di Tebing Barat.

Serbuan itu dilakukan ketika penduduk di seluruh Israel dan wilayah Palestin bersiap sedia menghadapi keganasan, sehari selepas serangan udara rejim zionis itu mengorbankan 15 penduduk Gaza termasuk kanak-kanak.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, dua penduduk yang maut itu dikenali sebagai Ahmed Jamal Tawfiq Assaf, 19, dan Rani Walid Ahmed Qatanat, 24.

Jelas kementerian itu, seorang lagi penduduk berusia 17 tahun kini berada dalam keadaan kritikal selepas operasi serbuan dilakukan berhampiran bandar Jenin.

Tentera Israel dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya berjaya menahan seorang individu yang melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera dari arah kenderaan.

“Pasukan tentera bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah dua penyerang sehingga menyebabkan mereka maut.

“Senapang jenis M-16 dan pistol ditemukan di tempat kejadian,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, agensi berita Wafa melaporkan pertempuran meletus selepas tentera `menyerbu bandar dan beberapa kediaman penduduk’ di kawasan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya