Suami isteri kayuh basikal ke Mekah

Suami isteri kayuh basikal ke Mekah

NASHRULLAH Ong dan isterinya berlepas dari Indonesia pada 7 Mei lalu dan dijangka tiba di Mekah pada Januari tahun depan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANYUMAS: Sepasang suami isteri, Nashrullah Ong dan Erna Hanurasari yang berasal dari Purwokerto di Banyumas, Jawa Tengah kini dalam perjalanan menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Lebih istimewa, pasangan suami isteri itu berangkat ke tanah suci menggunakan basikal dan bakal menempuh perjalanan selama lapan bulan.

Sehubungan itu, Nashrullah dan isterinya menyasarkan untuk menunaikan haji pada tahun depan.

Pasangan itu berlepas dari Masjid Baitul Arqom pada 7 Mei lalu sambil disaksikan puluhan penduduk kampung.

“saya dan isteri membuat keputusan untuk berangkat ke tanah suci dengan mengayuh basikal selepas Aidilfitri yang lalu.

“Ramai yang terkejut dengan keputusan kami kerana mereka tahu kami bukanlah muda lagi. Kami berdua sudah berusia lebih 50 tahun,” katanya.

Sebagai persiapan Nashrullah menjual satu-satunya kenderaan yang dimiliknya untuk membeli barangan kelengkapan sepanjang dia dan isteri berbasikal ke Mekah.

Katanya, dia mahu menemani isterinya menunaikan haji kerana dia sudah pun melakukan ibadah itu sebelum ini.

“Doakan kami supaya selamat sampai di Mekah dan seterusnya menunaikan ibadah haji,” ujar Nashrullah.

Pasangan suami isteri itu juga sering memaklumkan keadaan mereka sepanjang perjalanan kepada ahli keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya