Sisa jalan Zaman Batu ditemukan di dasar laut Mediterranean

Sisa jalan Zaman Batu ditemukan di dasar laut Mediterranean

SISA jalan Zaman Batu ditemukan di dasar Laut Mediterranean. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAGREB: Sekumpulan ahli arkeologi menemukan sisa sebatang jalan Zaman Batu yang dibina kira-kira 7,000 tahun lalu, di dasar laut Mediterranean di luar pantai pulau Croatia.

Penemuan mengejutkan itu dibuat selepas pakar arkeologi menganalisis imej satelit perairan di sekeliling tapak Neolitik Soline yang sudah tenggelam.

Tapak Neolitik Soline ditemukan di luar pantai pulau Korčula di Croatia pada tahun 2021.

Lapor Daily Mail, pakar arkeologi percaya jalan prasejarah itu mungkin pernah menghubungkan Korčula dan Soline apabila yang kedua merupakan daratan buatan yang menempatkan masyarakat purba Hvar.

Ia kini terletak kira-kira empat hingga lima meter di bawah Laut Adriatik.

Korčula pada asalnya bercantum dengan daratan namun apabila paras laut mula meningkat pada akhir penghujung Zaman Ais pada 12,000 Sebelum Masihi (SM), ia menjejaskan susun atur kawasan semasa yang dibina kira-kira 8,000 tahun lalu.

Soline pertama kali dikenal pasti apabila imej satelit memaparkan objek buatan manusia mungkin tersembunyi di dasar laut sekitar Korčula.

Ia ditemukan oleh ahli arkeologi dari Universiti Zadar, Mate Parica bersama beberapa rakan sekerja yang menyelam di kawasan perairan itu untuk melihat dengan lebih dekat.

“Ketika meneroka, pakar arkeologi juga menemukan tembok penempatan purba yang kelihatan disambungkan ke pulau utama oleh laluan darat yang sempit,” jelas laporan itu.

Jalan prasejarah yang dikenal pasti itu dikatakan dilindungi daripada ombak kuat selama beribu-ribu tahun lalu oleh pulau berkenaan.

Pakar percaya jalan itu dibina oleh masyarakat Hvar-Lisičići sebagai cara untuk melakukan perjalanan dari Soline ke Korčula.

Analisis radiokarbon dijalankan terhadap kayu diawet itu menunjukkan penempatan Soline bermula sejak kira-kira 4,900 SM.

“Penduduk pernah berjalan di jalan ini hampir 7,000 tahun lalu,” jelas Universiti Zadar.

Walaupun ia kini tersembunyi di bawah lapisan lumpur laut, ahli arkeologi berpandangan jalan itu dibina secara teliti dengan kepingan batu selain berukuran sekitar empat meter.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya