Sepanyol cipta aplikasi pantau suami kemas rumah

Sepanyol cipta aplikasi pantau suami kemas rumah

APLIKASI itu membolehkan golongan isteri mengetahui jika suami mereka sudah melakukan kerja rumah yang sepatutnya atau tidak. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Kerajaan Sepanyol mengumumkan rancangan untuk mewujudkan satu aplikasi yang boleh ‘memberitahu golongan isteri sekiranya suami mereka sudah melakukan kerja rumah yang mencukupi atau sebaliknya’.

Aplikasi baharu itu bertujuan mewujudkan suasana seimbang dalam melakukan tugas harian di rumah antara jantina.

Teknologi itu akan mengira berapa jam kerja rumah yang dilakukan ahli keluarga setiap hari.

Menteri Kesamaan Jantina dan Keganasan Domestik Sepanyol, Angela Rodriguez berkata, jabatannya dalam rangka kerja membangunkan aplikasi tersebut secara percuma.

Katanya, aplikasi itu membolehkan golongan lelaki dan wanita menyimpan jumlah jam mereka melakukan kerja-kerja rumah.

“Kerajaan berharap aplikasi itu boleh dilancarkan pada musim panas ini.

“Golongan wanita kebiasaannya melakukan lebih banyak kerja rumah berbanding lelaki dan perkara itu perlulah dilakukan secara seimbang tanpa mengira jantina,” katanya.

Rodriguez juga memaklumkan, hampir separuh wanita yang mengambil bahagian dalam kaji selidik dilakukan oleh Statistik Kebangsaan Sepanyol menyatakan majoriti mereka yang melakukan kerja rumah berbanding suami.

Secara perbandingan, kurang dari 15 peratus lelaki memberitahu mereka yang melakukan kerja rumah.

Isu kerja rumah melibatkan pasangan suami isteri di negara ini pernah beberapa kali mendapat liputan meluas apabila mahkamah pernah mengarahkan suami membayar pampasan kepada isteri berhubung kerja rumah yang dilakukannya.

Kerajaan Sepanyol memperuntukkan dana sebanyak 211,750 euro (RM1 juta) bagi membangunkan aplikasi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya