Satu bilion berisiko dijangkiti kolera 

Satu bilion berisiko dijangkiti kolera 

SUKARELAWAN memberi vaksin oral kepada seorang kanak-kanak di kem pelarian Maram di Idlib, barat laut Syria. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira satu bilion penduduk yang tinggal di 43 negara berisiko dijangkiti penyakit bawaan air, kolera.

Menurut Pengurus Insiden PBB untuk tindak balas kolera global, Henry Gray, walaupun wabak itu boleh dihentikan namun dunia kini berdepan dengan kekurangan sumber yang kritikal.

“Pihak kami tidak mempunyai sumber mencukupi untuk memerangi wabak tersebut.

“Jadi, semakin lama masa diambil untuk mengatasinya, maka keadaannya akan menjadi lebih buruk,” katanya.

Jelas beliau, PBB kini memerlukan kira-kira AS$640 juta (RM2.9 bilion) untuk memerangi penyakit berjangkit itu.

Malah, Gray memberi amaran, masalah itu bakal mencetuskan kebimbangan `malapetaka baharu’ bakal terjadi sekiranya tindakan segera gagal dilaksanakan.

Setakat tahun ini, sebanyak 24 negara melaporkan penularan wabak kolera berbanding 15 pada pertengahan Mei tahun lalu.   

Negara-negara yang biasanya tidak terjejas oleh kolera, kini melaporkan jangkitan, dan kadar kematian kes jauh melebihi kadar biasa iaitu satu dalam 100 individu.

Dalam pada itu, Gray menegaskan peningkatan kes kolera itu disebabkan oleh kemiskinan, konflik, perubahan iklim dan perpindahan penduduk yang menyumbang kepada faktor pencetusnya.   

“Dengan pertambahan bilangan negara yang terjejas akibat kolera, sumber sedia ada untuk pencegahan dan tindak balas menjadi semakin terhad,” katanya.

Sementara itu, Gray mengakui kempen vaksinasi oral kolera juga terjejas teruk.

Katanya, lebih 18 juta dos vaksin oral cegah kolera diminta untuk tahun ini, namun hanya lapan juta dos yang diperoleh sehingga mengakibatkan kempen pencegahan terpaksa dihentikan.    

“Daripada pemberian dua dos penuh, hanya satu dos diberikan kepada penerima,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN