Satelit pengintip terhempas ke laut - Pyongyang

Satelit pengintip terhempas ke laut – Pyongyang

GAMBAR objek dipercayai sebahagian satelit dilancarkan Korea Utara yang terhempas ke dalam laut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara mengesahkan nahas berlaku ketika pihaknya cuba melancarkan satelit peninjau tentera pertama negara itu, sehingga menyebabkannya terhempas ke dalam laut. 

Sebelum ini, Pyongyang mengumumkan rancangan melancarkan satelit berkenaan menjelang 11 Jun bagi memantau pergerakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Korea Utara kini memaklumkan pihaknya akan cuba melancarkan semula satelit itu dalam masa terdekat.

Media kerajaan KCNA melaporkan pihak berkuasa angkasa lepas Korea Utara melancarkan satelit peninjau tentera, Malligyong-1 yang dipasang pada roket pengangkut, Chollima-1 di Tapak Pelancaran Satelit Sohae di daerah Cholsan, wilayah Utara Phyongan.

Menurut laporan itu, satelit tersebut dilancarkan pada pukul 6.27 pagi (waktu tempatan) pada 31 Mei.

Namun, jelasnya, roket itu yang membawa muatan satelit hilang kawalan lalu terhempas ke dalam laut.

“Roket itu terhempas ke dalam laut selepas hilang daya tujah akibat enjin peringkat kedua yang dihidupkan tidak beroperasi secara normal selepas proses pemisahan peringkat pertama ketika pelancaran.

“Pihak berkuasa akan menyiasat masalah serius didedahkan dalam pelancaran satelit.

‘Selain itu, pihak berkuasa juga akan melaksanakan pelancaran kali kedua dalam masa terdekat,” jelas laporan itu.

Dilaporkan, pelancaran satelit itu mencetuskan penggera palsu di Seoul, Korea Selatan manakala amaran kecemasan pula dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal di Okinawa, Jepun.  

Sebelum ini, Pyongyang mengumumkan rancangan melancarkan satelit menjelang 11 Jun bagi memantau pergerakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Pyongyang tidak mempunyai satelit beroperasi di angkasa lepas namun pemimpinnya, Kim Jong-un pula menjadikan pembangunan satelit pengintip itu sebagai keutamaan rejimnya walaupun resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melarang penggunaan teknologi demikian. 

Sementara itu, tentera Korea Selatan memaklumkan pihaknya berjaya menemukan satu serpihan yang dipercayai berasal dari roket berkenaan.

Korea Selatan juga menyiarkan beberapa imej memaparkan struktur logam besar dengan paip nipis dan wayar di bahagian bawah serpihan itu.

Para pakar percaya serpihan ditemukan itu mungkin dari bahagian tangki bahan api. – AGENSI/AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya