Saintis beri amaran serpihan roket boleh jatuh timpa manusia

Saintis beri amaran serpihan roket boleh jatuh timpa manusia

IMEJ diambil dari firma LeoLabs menunjukkan sisa angkasa lepas yang sedang mengelilingi bumi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa saintis memberi amaran kebarangkalian serpihan kapal angkasa atau roket penggalak yang jatuh ke bumi, boleh menimpa dan mencederakan manusia sehingga menyebabkan kematian.

Lapor Daily Mail, golongan itu mendakwa peluang untuk insiden itu berlaku hanyalah kira-kira 10 peratus dalam dekad akan datang.

Minggu lalu, sebuah satelit Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) terhempas semula ke bumi di tengah-tengah amaran satu daripada 2,500 risiko untuk menimpa dan mencederakan orang.

Kapal angkasa itu terhempas di Gurun Sahara, di suatu tempat antara Sudan dan Mesir tanpa sebarang bahaya.

Bagaimanapun, insiden itu mengetengahkan mengenai risiko sisa angkasa lepas dalam kehidupan seharian manusia.

Agensi Angkasa Lepas Eropah menganggarkan lebih 10,800 tan sisa angkasa lepas sedang mengorbit mengelilingi bumi.

Kata agensi itu, jumlah itu termasuk 130 juta objek merangkumi roket seberat sembilan tan milik Russia, satelit pengintip Perang Dingin dan kapal angkasa Hubble yang ikonik.

Sementara itu, felo kanan teknikal di firma pemantauan satelit dan pengesanan pelanggaran LeoLabs, Darren McKnight berkata, antara beberapa objek besar paling dibimbangkan adalah roket penggalak Russia yang dilancarkan antara tahun 1992 dan 2001.

“Ia termasuk 18 contoh kapal angkasa sembilan tan, peringkat atas roket Zenit Russia yang kini mengintai kawasan sekitar 840 kilometer (km) tinggi.

“Objek itu bagaikan sebuah bas sekolah besar tanpa pemandu dan brek,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, berita baik adalah pada ketinggian itu, ia akan mengambil masa beberapa abad untuk serpihan itu terhempas semula ke bumi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya