Rundingan hentikan konflik di Sudan tiada perkembangan positif - Utusan Malaysia

Rundingan hentikan konflik di Sudan tiada perkembangan positif

KEPULAN asap hitam kelihatan di ruang udara bangunan berhampiran kawasan lapangan terbang di Khartoum, Sudan. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Rundingan perdamaian yang dilakukan di Arab Saudi melibatkan barisan pemimpin Sudan masih belum membuahkan sebarang hasil.

Ketua Tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan dan Ketua Rapid Support Forces (RSF), Mohamed Hamdan Daglo masing-masing menghantar wakil menyertai rundingan di Jeddah pada Sabtu lalu.

Tentera Sudan memaklumkan pihaknya akan menjelaskan bagaimana gencatan senjata boleh dilaksanakan secara berkesan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Menurut pegawai diplomat Arab Saudi, rundingan itu gagal mencapai kata putus dari kedua-dua belah pihak.

“Tiada perkembangan positif setakat ini dan gencatan senjata secara tetap juga belum diputuskan.

“Hal ini kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu bertolak ansur,” katanya.

Dalam pada itu, pegawai utama kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths tiba di Jeddah semalam untuk bertemu dengan kedua-dua wakil biarpun matlamat rundingan itu sukar dicapai.

Terdahulu, beberapa persetujuan gencatan senjata dicapai oleh kedua-dua pihak, namun masih tidak mampu menghentikan konflik yang berlaku sejak 15 April lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya