Rumah terbiar 'dihuni' 1,000 anak patung

Rumah terbiar ‘dihuni’ 1,000 anak patung

RUMAH itu dalam keadaan terbiar sejak wanita itu meninggal dunia pada tahun 2017. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sebuah rumah terbiar yang dipenuhi kira-kira 1,000 anak patung, ditemukan di sebuah kampung di pinggir Seville di Sepanyol.

Rumah usang itu dianggap menyeramkan kerana menceritakan kisah tragis seorang ibu yang kehilangan dua orang anaknya, mula mengumpul koleksi anak patung mainan bagi mengatasi kemurungannya sebelum meninggal dunia.

Lapor Daily Mail, penduduk kampung dikatakan masih enggan mengunjungi rumah itu yang terbiar sejak wanita itu meninggal dunia pada tahun 2017.

Penampilan luar rumah itu amat berbeza sekali dengan bahagian dalam yang disusun rapi, dipelihara serta dikatakan tidak pernah disentuh selama bertahun-tahun.

“Tiada sesiapa dibenarkan masuk ke dalam rumah itu. Wanita itu dikatakan lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan orang lain.

“Malah, penduduk kampung juga berasa takut untuk pergi kawasan berdekatan rumah itu. Mereka menganggap wanita itu tidak siuman dan rumah itu terkena sumpahan,” kata jurugambar, Ben James selepas mengunjungi kediaman itu.

James mendakwa dia terdengar bunyi aneh daripada anak patung mainan itu ketika mengunjungi rumah terbiar tersebut.

“Ketika itu, beberapa anak patung, mungkin disebabkan angin, mula mengeluarkan muzik seperti apabila anda cuba memindahkannya ke tempat lain,” katanya.

Difahamkan, penduduk kampung percaya bahawa patung mainan itu dirasuk roh anak wanita berkenaan.

Malah, penduduk juga percaya sesiapa sahaja cuba mengambil apa-apa barang dari rumah itu akan dirasuk dan mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya