Remaja Bangladesh terperangkap dalam kontena Malaysia, mati lemas

Remaja Bangladesh terperangkap dalam kontena Malaysia, mati lemas

RATUL ISLAM FAHIM ditemukan lemas selepas mandi seorang diri di sebuah kolam berhampiran rumahnya di Bangladesh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CUMILLA: Seorang remaja lelaki Bangladesh yang dihantar pulang ke negara asalnya pada Februari lalu, iaitu sebulan selepas ditemukan dalam sebuah kontena perkapalan di Pelabuhan Klang, meninggal dunia.

Ratul Islam Fahim lemas ketika mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj di daerah Cumilla kelmarin.

Lapor Bdnews24.com, bapanya memberitahu polis bahawa Ratul yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik lelaki mengalami masalah mental dan tidak tahu berenang.

Faruk Mia yang bekerja sebagai buruh harian memaklumkan, Ratul mandi seorang diri kerana semua ahli keluarganya berada di sawah untuk menuai padi.

“Saya tidak sangka akan kehilangan anak. Bagaimana kami mahu hidup tanpa Ratul selepas ini?” ujar bapanya.

Remaja lelaki itu kemudiannya dikebumikan tanpa dibedah siasat selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, polis juga menyatakan siasatan menyeluruh mengenai insiden tersebut akan dilakukan secara menyeluruh.

Kisah remaja itu menarik perhatian media antarabangsa selepas dia ditemukan terperangkap dalam kontena terbabit selama enam hari tanpa makan dan minum pada 17 Januari lalu di sebuah dermaga di Pelabuhan Klang.

Ratul memberitahu pihak berkuasa ketika itu bahawa dia bermain dalam kontena berkenaan dengan rakan-rakannya di Chittagong sebelum menyedari dirinya terkunci di dalam.

Remaja itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang sebelum ditempatkan sementara di bahawa jagaan Yayasan Chow Kit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN