Projek HSR Indonesia semakin hampir disiapkan

Projek HSR Indonesia semakin hampir disiapkan

PROJEK kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia semakin hampir disiapkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia membuat persiapan rapi untuk melakukan sesi ujian fungsi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama negara itu hari ini.

Projek kereta api laju itu menghubungkan Jakarta ke Bandung.

Antara persiapan yang dilakukan termasuk menempatkan sejumlah anggota polis di kawasan projek berkenaan bagi memastikan ujian fungsi dapat dilakukan dengan lancar.

Ketua Hal Ehwal Polis Jawa Barat, Ibrahim Tompo berkata, kawalan itu bagi membantu pengurusan projek meminimumkan kelemahan dari sudut keselamatan semasa proses ujian fungsi.

“Kita harap ujian fungsi itu berjalan lancar memandangkan ini ujian yang pertama.

“Projek ini akan membangunkan lagi sektor ekonomi Indonesia, maka kita perlu beri perhatian dalam segala aspek,” katanya.

Terdahulu, Polis Jawa Barat sudah memeriksa laluan kereta api berkenaan menggunakan kereta api pemeriksa dari Stesen Tegalluar di Bandung ke Stesen Karawang.

Hasil pemeriksaan tersebut, masih terdapat beberapa masalah pada laluan berkenaan yang sepanjang 100 kilometer.

Sehubungan itu, lebih banyak ujian fungsi akan dilakukan bagi memastikan keseluruhan laluan selamat digunakan.

Dalam pada itu, Ibrahim turut meminta orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti berhampiran laluan kereta api laju tersebut bagi mengelak hal tidak diingini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya