Pertempuran Sudan paksa 450,000 kanak-kanak jadi pelarian

Pertempuran Sudan paksa 450,000 kanak-kanak jadi pelarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa menjadi pelarian akibat pertempuran yang berterusan di negara itu.

Lapor Agensi Anadolu, perkara itu didedahkan oleh Agensi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam satu kenyataan.

Negara Afrika itu dilanda konflik diselubungi keganasan antara angkatan tentera Sudan dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) selama beberapa minggu.

Menurut UNICEF, kira-kira 82,000 kanak-kanak melarikan diri ke negara jiran manakala hampir 368,000 lagi kehilangan tempat tinggal.

“Konflik kejam di Sudan mengakibatkan kesan teruk ke atas kanak-kanak di negara itu.

“Ribuan penduduk mengalami situasi trauma atau terpaksa meninggalkan rumah untuk mencari perlindungan,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell.

Jelasnya, lebih 164,000 orang mencari perlindungan di Republik Afrika Tengah, Chad, Mesir, Ethiopia, Libya dan Sudan Selatan sejak keganasan meletus pada 15 April lalu.

UNICEF juga memberi amaran musim hujan mungkin akan meningkatkan risiko penduduk dijangkiti pelbagai penyakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya