Penunjuk perasaan AS dipukul polis terima pampasan

Penunjuk perasaan AS dipukul polis terima pampasan

BEBERAPA insiden kekerasan melibatkan pegawai polis dan penunjuk perasaan yang dirakam media ketika protes Black Lives Matters di AS pada 2020.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 19 bandar di Amerika Syarikat (AS) akan membayar pampasan kepada penunjuk perasaan yang mengalami kecederaan akibat tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pegawai polis di negara itu.

Lapor The Guardian, bandar-bandar di seluruh AS bersetuju membayar tuntutan berjumlah lebih AS$80 juta (RM370 juta) kepada penunjuk perasaan yang cedera akibat tindakan polis semasa protes keadilan perkauman Black Lives Matters.

Pembunuhan kejam George Floyd oleh pegawai polis Minneapolis pada 25 Mei 2020 mencetuskan demonstrasi terbesar di seluruh negara sejak era hak sivil, apabila lebih 26 juta orang berhimpun membantah perkauman dan kekejaman polis.

Sejumlah penunjuk perasaan yang mengalami pelbagai kecederaan akibat kekerasan yang digunakan oleh pihak polis terhadap penunjuk perasaan ketika protes tersebut kemudian bertindak memfailkan berpuluh-puluh saman sivil.

Bandar New York dan jabatan polis NYPD bersetuju membayar lebih AS$6 juta (RM27.8) kepada 320 penunjuk perasaan yang dikenakan kekerasan berlebihan termasuk diikat, dipukul dengan belantan dan disembur lada semasa protes berkenaan.

Philadelphia, Denver, Atlanta, Los Angeles, Oakland, Milwaukee, Kansas City dan Portland turut bersetuju mengeluarkan dana bandar untuk membayar pampasan terhadap tuntutan serupa dengan banyak lagi saman difailkan termasuk di San Jose dan Washington.

Profesor Sekolah Undang-undang Universiti Howard dan Pengarah Eksekutif Pusat Hak Sivil Thurgood Marshall, Justin Hansford menyifatkan pembayaran tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan jumlahnya dijangka meningkat kerana terdapat beberapa lagi kes saman yang masih berjalan.

“Saya tidak pernah melihat gelombang penyelesaian untuk kekejaman polis seperti ini dalam sejarah AS.

“Yang pasti, beribu-ribu trauma sehingga ada yang mengalami kecederaan kekal dan berjaya dalam kes saman mereka,” katanya.

Antara yang memenangi kes undang-undang itu termasuk wartawan, Linda Tirado yang buta mata kiri akibat ditembak peluru getah dari jarak dekat oleh polis ketika membuat liputan langsung mengenai protes berkenaan di Minneapolis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya