Pengusaha ganja Thailand bimbang industri terkubur selepas PRU

Pengusaha ganja Thailand bimbang industri terkubur selepas PRU

SIWASAN Khobjaiklang mengendalikan tanaman ganja di wilayah Buriram. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sekumpulan pengusaha di wilayah Buriram, Thailand menyuarakan kebimbangan mengenai keputusan pilihan raya akan datang yang dikhuatiri bakal menjejaskan industri ganja yang semakin berkembang.

Walaupun ganja kini `dihalalkan’ di Thailand, isu itu dipolitikkan dan digunakan sebagai senjata dalam kempen pilihan raya.

Isu penggunaan ganja di Thailand mencetuskan perbalahan politik menjelang pilihan raya pada 14 Mei ini, dengan rata-rata calon parti politik melontarkan pandangan untuk meraih sokongan pengundi.

Malah, tindakan itu juga mengakibatkan ramai pengusaha yang cuba membina perniagaan baharu dalam industri tersebut kini berada dalam keadaan terawang-awang.

Calon perdana menteri dari Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat bersikap terbuka berhubung penanaman dan penggunaan ganja secara terkawal di negara itu.

Bagaimanapun, beliau masih mahu ganja dimasukkan semula dalam senarai narkotik agar dapat dikawal dengan lebih baik.

“Kami tidak menyokong penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi, sebaliknya mahu ia mempunyai langkah kawalan yang baik.

“Bagaimanapun, kami menyokong ganja untuk kegunaan perubatan. Manfaatnya perlu mengatasi kemudaratan dalam setiap aspek ini.

“Jadi, masukkan semula ganja dalam senarai narkotik dan kemudikan lakukan kawalan agar dapat menjana lebih banyak manfaat berbanding risiko,” katanya ketika berkempen pada awal bulan ini.

Parti Pheu Thai yang pada asalnya mengundi menyokong menghalalkan ganja, kini berpandangan bahawa dasar penggunaan ganja perlu diperketatkan.

“Kami tidak mahu penggunaan ganja dibenarkan sepenuhnya. Ini adalah pendirian kami.

“Kami tidak berhasrat berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang menyokong penghalalan ganja sepenuhnya. Kami hanya mahu ganja untuk tujuan perubatan,” katanya calon perdana menteri, Srettha Thavisin dalam perdebatan politik disiarkan di televisyen.

PENGUSAHA GANJA BIMBANG

Sementara itu, seorang pengusaha tanaman ganja di Buriram, Siwasan Khobjaiklang berasa bimbang dengan masa depan perniagaannya sekiranya kerajaan bertukar tangan.

Siwasan merupakan sebahagian perusahaan komuniti yang berdaftar dengan kerajaan dan menyediakan produk untuk dispensari sah di seluruh negara.

“Bagi saya, ganja adalah tanaman yang mampu menjana pendapatan tinggi berbanding tanaman lain diusahakan oleh petani.

“Jika anda membuat perbandingan, menanam ganja untuk satu kitaran mampu memperoleh keuntungan bersamaan penanaman padi selama lebih 10 tahun.

“Malah, tidak sukar untuk menanam ganja di Thailand, seperti profesion pertanian lain yang mengusahakan padi dan tanaman lain, kita menanam ganja untuk meraih pendapatan,” katanya.

Seorang lagi pengusaha ganja, Ann Khoonoram juga bimbang dengan keputusan pilihan raya yang boleh menjejaskan masa depan perniagaannya.

“Saya mahu pihak berkuasa memberi peluang kepada kami untuk meneruskan perniagaan terutamanya yang sudah membuka premis.

“Saya mahu undang-undang berkaitan ganja jelas dan konsisten. Saya bimbang mungkin kerajaan baharu akan menarik balik keputusan dan melarang penggunaan ganja,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya