Pengeluar kasut Vietnam bagi Nike, Adidas berhentikan

Pengeluar kasut Vietnam bagi Nike, Adidas berhentikan hampir 6,000 pekerja

PouYuen antara firma terbesar di ibu kota itu, dianggarkan mempunyai 50,000 pekerja. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Pengeluar kasut terbesar di Vietnam bagi jenama seperti Nike dan Adidas akan berhentikan ribuan pekerja pada akhir bulan depan.

Lapor media tempatan, situasi itu dipercayai berpunca akibat kemerosotan dalam tempahan kasut.

Vietnam merupakan antara pengeksport pakaian, kasut dan perabot terbesar di dunia, namun terjejas teruk disebabkan krisis kos sara hidup di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), dengan kuasa beli pengguna semakin menurun di seluruh dunia.

Lapor VNExpress, firma PouYuen Vietnam dibawah Pou Chen Group berpangkalan di Taiwan, memaklumkan akan memberhentikan kira-kira 6,000 pekerja kontrak tetap mulai akhir bulan depan.

“Ini sudah tentu menjadi pemberhentikan pekerja yang terbesar sejak PouYuen memulakan operasinya di bandar Ho Chi Minh pada tahun 1996,” jelas laporan media kerajaan itu.

PouYuen merupakan antara firma terbesar di ibu kota komersial, dengan dianggarkan mempunyai seramai 50,000 pekerja.

Namun, syarikat itu mengambil langkah serupa pada Februari lalu apabila memberhentikan hampir 3,000 kakitangan tetap manakala 3,000 lagi pekerja sementara tidak diperbaharui kontrak.

Berdasarkan tinjauan jabatan buruh bandar Ho Chi Minh, satu pertiga daripada kemudahan pengeluaran di bandar itu mengalami pengurangan permintaan tenaga kerja pada suku pertama tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya