BANYUWANGI: Imej yang menunjukkan kad undangan ke majlis ‘pemandulan tiga ekor kucing’ di sini menjadi tular dalam media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.
Lapor Tribunnews, gambar tersebut dimuat naik dalam Instagram pada Sabtu lalu.
Keterangan pada gambar tersebut tertulis ‘Majlis mandulkan kucing kami, iaitu Cipak, Cipung dan Ciko’.
Menurut sumber, prosedur pemandulan itu dilakuka pada 26 Mei lalu dan ‘majlis kesyukuran’ berlangsung kelmarin.
Majlis itu turut diserikan dengan iringan muzik dan persembahan kuda.
Dalam pada itu, pemilik ketiga-tiga kucing berkenaan adalah pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Bokianto dan Indrawati.
Kedua-duanya memaklumkan, rancangan untuk membuat majlis pemandulan itu sudah lama dilakukan oleh mereka.
“Kami mandulkan kucing kami di klinik haiwan, kemudian buat majlis untuk meraikannya.
“Tidak kisah dengan pandangan orang ramai, asalkan kucing kami sihat,” katanya.
Sementara itu, terdapat pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan pasangan suami isteri itu keterlaluan.
“Perlukah sampai buat majlis bila mandulkan kucing? Mandulkan haiwan itu prosedur biasa dilakukan,” tulisnya.