'Pawang hujan Mandalika' muncul di Labuan Bajo - Utusan Malaysia

‘Pawang hujan Mandalika’ muncul di Labuan Bajo

RARA Istiani Wulandari melakukan ritual menghentikan hujan di Marina Harbour kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Wanita yang pernah tular tahun lalu kerana aksi anehnya sebagai pawang hujan, dilihat sudah berada di Labuan Bajo di Manggarai Barat sejak kelmarin menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di bandar itu.

Rara Istiani Wulandari pernah mencuri perhatian media asing kerana cuba menghentikan hujan lebat yang membasahi litar MotoGP Mandalika, di Wilayah Nusa Tenggara Barat tahun lalu.

Lapor Tribunnews, wanita itu tiba di Marina Harbour yang merupakan salah satu lokasi sidang kemuncak berkenaan dan sempat melakukan ritualnya di kawasan itu ketika hujan renyai.

Rara malah menolak ketika wartawan hendak merakam videonya secara langsung dan sebilangan pegawai serta  jawatankuasa sidang kemuncak berkenaan turut melarang dia ditemu bual kerana khuatir ritual pawang hujan itu tidak akan berhasil.

Menurut Rara, dia sentiasa berdoa agar cuaca berada dalam keadaan baik bagi setiap acara besar melibatkan negara itu sama ada dari jarak jauh atau dekat.

“Untuk majlis di Labuan Bajo, saya sebenarnya sempat berdoa dari jauh, tapi kalau jauh kadang-kadang tak jadi. Kalau jauh kadang-kadang tak boleh kawal sebab ada aktiviti lain,” katanya. 

Bukan sahaja di kawasan Marina Harbour, Rara juga sempat mengadakan ritual ‘menolak hujan’ di lapangan terbang Komodo Labuan Bajo.

“Di lapangan terbang juga akan hujan tetapi ia boleh dialihkan,” katanya.

Tahun lalu, aksi Rara membawa peralatan mengelilingi litar Mandalika mendapat kecaman  warganet di negara itu yang menzahirkan rasa malu dan memintanya supaya bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas melanggar syarak Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya