Pamer beg mewah di media sosial, ketua pengarah kesihatan diarah isytihar harta - Utusan Malaysia

Pamer beg mewah di media sosial, ketua pengarah kesihatan diarah isytihar harta

REIHANA hadir di Pejabat KPK di Jakarta kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara gemar mempamerkan kekayaan di media sosial, Ketua Pengarah Kesihatan Lampung, Reihana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) untuk mengisytiharkan hartanya.

Kelmarin, Reihana dilaporkan tiba di pejabat KPK untuk menjelaskan mengenai asetnya namun enggan menjawab sebarang soalan media sebaliknya menyerahkan kepada agensi pencegahan rasuah itu untuk memberi kenyataan berhubung siasatannya.

Reihana menjadi perbualan warganet selepas dilihat memuat naik gambarnya di media sosial sambil memakai barangan mewah dan jenama terkenal, salah satunya, beg tangan Hermes Birkin koleksi 40 Togo Rauge Tornate yang menelan kos ratusan juta rupiah.

Selain itu, dalam foto berkenaan juga Reihana tampil mengenakan kemeja jenama Louis Vuitton yang dipadankan dengan skirt labuh.

Dalam pada itu, KPK berkata, pihaknya akan memanggil kembali Reihana berhubung kekeliruan jumlah harta yang diisytiharkannya kelmarin.

Timbalan Pencegah dan Pemantauan KPK Pahala Nainggolan berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklumat lebih jelas kerana Laporan Harta Kekayaan Pegawai Negeri (LHKPN) yang dihantar Reihana dibuat oleh kakitangannya.

“Kelmarin, ternyata LHKPN dibuat oleh petugas. Jadi, lima tahun jumlahnya tidak berubah, dan Reihana tidak tahu.

“Sebab itu kami memanggilnya semula kerana beliau juga tidak yakin dengan angka itu. Kedua, beberapa akaun bank tidak dilaporkan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya