New York bakal tenggelam 

New York bakal tenggelam 

KAWASAN perairan sekitar bandar New York meningkat kira-kira 22 sentimeter sejak 1950. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu kajian baharu mendakwa sebahagian kota New York di Amerika Syarikat (AS) sedang tenggelam secara perlahan-lahan antara lain disebabkan berat luar biasa  bangunan pencakar langit yang dibina di sekitar bandar raya itu.   

Situasi itu dikhuatiri bakal memburukkan lagi ancaman banjir di metropolis berkenaan.

Lapor The Guardian, bandar yang mendapat julukan Big Apple itu secara purata `tenggelam’  kira-kira satu hingga dua milimeter (mm) setiap tahun.

Malah, menurut penyelidik, beberapa kawasan di bandar New York juga berdepan situasi sama hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar setiap tahun.

Keadaan itu juga memburukkan lagi kesan kenaikan paras air laut yang kini lebih pantas sekitar dua kali ganda ketika glasier dunia mencair dengan cepat akibat pemanasan global. 

Dilaporkan, kawasan perairan mengelilingi bandar New York itu meningkat kira-kira 22 sentimeter (cm) sejak tahun 1950.

Kejadian banjir besar akibat ribut dijangka boleh berlaku sehingga empat kali lebih kerap berbanding ketika ini, disebabkan kenaikan paras air laut dan taufan yang berpunca daripada perubahan iklim.          

“Kira-kira 8.4 juta penduduk menghadapi tahap bahaya yang berbeza akibat paras air yang meningkat di bandar New York,” kata pengarang kajian terbaharu itu.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Earth Future.

Tambah penyelidik, risiko yang dihadapi oleh New York dijangka turut berlaku di kebanyakan bandar pesisir pantai lain di seluruh dunia apabila krisis iklim semakin meruncing.  

Sementara itu, penyelidik berpandangan antara faktor menyumbang kepada situasi tenggelam adalah disebabkan oleh sebahagian besar infastruktur yang dibina di bandar New York.  

“Berat beberapa infrastruktur termasuk pembinaan Bangunan Empire State dan Chrysler di bandar itu mencecah sebanyak 1.68 tan lbs, iaitu bersamaan dengan berat 140 juta gajah.      

“Jumlah berat ini sangat besar dan dikatakan tidak dapat menanggung kawasan daratan New York,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya