Malaysia laksana konsep 'Kepimpinan Melalui Tauladan' - Utusan Malaysia

Malaysia laksana konsep ‘Kepimpinan Melalui Tauladan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Mei 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Program Kerjasama Teknik Malaysia (MTCP) yang menawarkan bantuan kepada negara- negara kurang membangun mengenai pelaksanaan konsep ‘Kepimpinan Melalui Tauladan‘ di negara ini ke peringkat antarabangsa.

Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, program tersebut bertujuan memberi tauladan kepada negara-negara Islam yang kaya di Asia Barat serta negara-negara maju di Barat agar mengotakan janji mereka untuk membantu negara-negara membangun.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 Mei 1982 – Bintang badminton terkemuka dunia, Rudy Hartono dari Indonesia menamatkan karier setelah ditewaskan oleh jaguh dari China, Luan Jin dalam perlawanan Piala Thomas malam tadi.
  • 23 Mei 1983 – Kerajaan Pahang dan Johor kemungkinan akan mengadakan kutipan tol secara bersama di Jambatan Endau, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.
  • 23 Mei 1984Malaysia buat pertama kalinya akan menghantar jet-jet pejuang ke Singapura bulan depan untuk menyertai latihan tentera bersama, kata Kementerian Pertahanan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya