Lelaki maut ditembak polis ketika hadiri konsert dangdut

Lelaki maut ditembak polis ketika hadiri konsert dangdut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Seorang pemuda maut terkena tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh anggota polis ketika menyaksikan persembahan dangdut di Gunungkidul, Yogyakarta pada Ahad lalu.

Jurucakap polis, Nur Edi berkata, mangsa dikenali sebagai Aldi Aprianto, 24, bersama rakan-rakannya menghadiri persembahan itu untuk berlibur.

PENDUDUK setempat mengiringi jenazah Aldi Aprianto yang maut terkena tembakan dilepaskan anggota polis dalam kejadian di Gunungkidul, Yogyakarta. – AGENSI

Katanya, insiden itu berlaku apabila seorang anggota polis cuba meleraikan situasi yang tiba-tiba menjadi tegang selepas beberapa pengunjung mula melakukan rusuhan.

“Kejadian itu berlaku ketika persembahan dangdut itu hampir selesai dan tiba-tiba ada sekumpulan penonton mula membuat kecoh dan hampir merusuh.

“Suspek yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan keadaan dengan naik ke atas pentas sebelum dia meminta senjata api dari rakan setugasnya.

“Suspek sedia maklum pistol itu berisi peluru dan ketika mengacukan senjata itu ke bawah, suspek secara tidak sengaja melepaskan tembakan dan mengenai mangsa yang berada di bawah pentas,” katanya.

Tembakan itu mengenai bahu kanan dan tembus di bahagian dada mangsa.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia berikutan kecederaan parah yang dialaminya.

Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat luka tembakan dan keluarganya mengebumikan Aldi semalam.

Sementara itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya