Lelaki didakwa curi kasut ikonik filem The Wizard of Oz - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa curi kasut ikonik filem The Wizard of Oz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki didakwa di mahkamah atas kesalahan mencuri kasut merah terkenal yang dipakai watak Dorothy lakonan Judy Garland dalam filem The Wizard of Oz pada tahun 1939.

Lapor BBC, kasut ikonik berkenaan ditemui dalam operasi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada 2018 selepas diambil dari muzium 18 tahun lalu tetapi tiada tangkapan dibuat ketika itu.

Selasa lalu, pendakwa raya persekutuan mendakwa lelaki dari Minnesota, Terry Martin, 76, mencuri karya seni tersebut dari Muzium Judy Garland di Grand Rapids, Minnesota selepas memecahkan tingkap di pintu belakang bangunan tersebut pada Ogos 2005.

Namun jejaknya gagal dikesan kerana polis tidak menemui sebarang cap jari dan penggera juga tidak berbunyi.

Menurut Pejabat Peguam Daerah Dakota Utara, koleksi berharga dari Hollywood itu bernilai sekitar AS$3.5 juta (RM13.6 juta) dan diinsuranskan sebanyak AS$1 juta (RM4.5 juta) ketika dicuri Martin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya