Lelaki 98 tahun calon jemaah haji tertua Indonesia - Utusan Malaysia

Lelaki 98 tahun calon jemaah haji tertua Indonesia

SYUKUR IDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMONGAN: Seorang lelaki warga emas berusia 98 tahun menjadi bakal jemaah haji paling tua di daerah Lamongan, Jawa Timur dan berkemungkinan di Indonesia yang bakal menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini.

Syukur Idin yang tinggal di Turi bekerja sebagai petani dan memaklumkan dia sudah mendaftar sebagai calon jemaah sejak 10 tahun lalu.

“Seingat saya, saya sudah daftar jadi calon jemaah haji sejak 10 tahun lalu, anak saya yang tolong saya daftar.

“Saya ada empat orang anak dan merekalah yang akan bantu saya uruskan semua proses untuk ke Mekah nanti,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Lelaki itu memberitahu, dia bersyukur kerana akhirnya diberi peluang dan rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.

Katanya, dia berharap kesihatannya berada pada tahap yang baik sehingga ibadah haji selesai.

“Bukan senang nak dapat peluang tunai haji, mungkin sekali seumur hidup, jadi saya berharap saya sihat sehingga ibadah selesai,” ujarnya.

Ditanya petugas media apakah rahsianya kekal panjang umur dan sihat, Syukur menjelaskan, dia hanya menjalani kehidupan sama seperti orang lain.

“Saya tidak amalkan apa-apa, sama sahaja seperti orang lain, makan nasi dan lauk.

“Cuma saya ini petani, jadi setiap hari membanting tulang, mungkin sebab itu saya sihat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya