Lapan maut dirempuh SUV ketika tunggu bas di Texas

Lapan maut dirempuh SUV ketika tunggu bas di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BROWNSVILLE: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di selatan Texas dan sejumlah lagi cedera apabila sebuah kenderaan merempuh orang ramai yang menunggu bas di luar pusat bantuan migran.

Pihak berkuasa memaklumkan, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan setakat ini, biarpun ada saksi menyatakan pemandu kenderaan itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang ramai di hentian bas itu sebelum rempuhan berlaku.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna kelabu itu melanggar lampu merah dan merempuh orang ramai di hentian bas berkenaan pada pukul 8.30 pagi di Brownsville.

Jurucakap polis, Martin Sandoval berkata, lapan maut dan hampir 10 orang cedera dalam insiden berkenaan.

Seorang saksi, Luis Herrera menceritakan, rempuhan itu berlaku amat pantas sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan diri.

“Seorang wanita di dalam sebuah kenderaan menjerit ke arah kami supaya selamatkan diri.

“Tiba-tiba datang sebuah kenderaan yang dipandu laju ke arah kami dengan pemandunya dapat didengar mengeluarkan kata-kata kesat,” ujar Herrera.

Akibat kejadian itu, pemandu kenderaan tersebut turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sebelum ditahan pihak berkuasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya