Lagi gencatan senjata tiga hari dimeterai di Sudan - Utusan Malaysia

Lagi gencatan senjata tiga hari dimeterai di Sudan

KEPULAN asap hitam kelihatan di ruang udara bangunan berhampiran kawasan lapangan terbang di Khartoum, Sudan. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) pada Ahad mengumumkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata baharu selama 72 jam, berkuat kuasa tengah malam Ahad.

“Berdasarkan usaha dan permintaan Arab Saudi-Amerika Syarikat yang menjadi perantara, Angkatan Tentera bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata tambahan selama 72 jam,” menurut tentera dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Tentera menyuarakan harapan pihak RSF turut mematuhi gencatan senjata itu.

Sementara itu, RSF dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan sebagai tindak balas kepada seruan antarabangsa, serantau dan tempatan, mereka mengisytiharkan lanjutan gencatan senjata kemanusiaan tambahan 72 jam, mulai tengah malam hari ini.

RSF memaklumkan pihaknya bersetuju dengan lanjutan gencatan senjata untuk membuka laluan kemanusiaan, memudahkan pergerakan rakyat dan membolehkan mereka mendapatkan keperluan mereka dan mencari perlindungan di kawasan selamat.

Kenyataan itu menekankan komitmen RSF terhadap syarat-syarat kemanusiaan dan gencatan senjata sepenuhnya.

Pada Ahad juga, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan memaklumkan penutupan ruang udara negara itu akan dilanjutkan hingga 13 Mei.

Penerbangan untuk bantuan kemanusiaan dan pemindahan dikecualikan, selepas mendapat permit daripada pihak berkuasa berkaitan dan kelulusan Angkatan Tentera Sudan.

Sudan menyaksikan pemindahan warga asing dan diplomat melalui udara, darat dan laut secara besar-besaran sejak meletusnya pertempuran di antara tentera dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April.

Setakat ini, pertempuran itu menyebabkan lebih 500 orang terbunuh dan lebih 4,000 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Sudan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya