Kru angkasawan misi Ax-2 dijangka tiba ISS hari ini

Kru angkasawan misi Ax-2 dijangka tiba ISS hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Roket SpaceX yang membawa empat angkasawan termasuk dua angkasawan Arab Saudi pertama, dijangka tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini.

Misi yang dikenali sebagai Axiom Mission 2 (Ax-2), merupakan misi persendirian kedua seumpamanya ke ISS selepas yang pertama dilancarkan pada 2022.

Kru misi Ax-2 berlepas menaiki kapsul Dragon dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida pada pukul 5.37 petang (waktu tempatan) semalam.

Lapor Xinhua, kapal angkasa membawa kru empat angkasawan dijangka berlabuh di pelabuhan modul ISS Harmony pada hari ini.

Kru itu terdiri daripada Komander Peggy Whitson, juruterbang warga Amerika Syarikat (AS), John Shoffner serta dua angkasawan Arab Saudi pertama, Rayyanah Barnawi dan Ali Al-Qarni.

Rayyanah yang merupakan penyelidik kanser payudara, akan menjadi wanita Arab Saudi pertama yang berlepas ke angkasa lepas dan disertai rakan senegara, Ali Al-Qarni, seorang juruterbang pejuang.

Pasukan angkasawan itu dijadualkan menghabiskan masa kira-kira lapan hari di ISS.

Mereka juga akan menjalankan lebih 20 eksperimen sains dan teknologi dalam beberapa bidang seperti fisiologi manusia, sains fizikal bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya