Konvoi ASEAN diserang di Myanmar, Jakarta tunggu laporan penuh

Konvoi ASEAN diserang di Myanmar, Jakarta tunggu laporan penuh

KONVOI ASEAN diserang pihak tidak dikenali ketika menghantar bantuan kemanusiaan di negeri Shan, Myanmar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANGGARAI BARAT: Kementerian Luar Indonesia mengesahkan terdapat diplomat negara ini dalam konvoi ASEAN yang diserang ketika membawa bantuan kemanusiaan di Myanmar kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap kementerian tersebut, Teuku Faizasyah.

“Memang benar, ada diplomat Indonesia dalam konvoi itu.

“Alhamdulillah, tiada perkara tidak diingini berlaku dan kita harap misi kemanusiaan itu dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Dalam pada itu, Teuku juga memaklumkan kementerian masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian tersebut.

Katanya, beliau mendapat maklumat pegawai kedutaan Indonesia yang menyertai konvoi bantuan itu berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Kami hanya mendapat laporan bahawa pegawai itu berada dalam keadaan sihat dan selamat selepas insiden tersebut.

“Kami juga masih menunggu laporan penuh berhubung apa yang berlaku supaya keadaan menjadi lebih jelas,” ujarnya.

Terdahulu, konvoi itu dilaporkan diserang di daerah Taunggyi di negeri Shan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya