Kemiskinan paksa rakyat Iran jual organ

Kemiskinan paksa rakyat Iran jual organ

PAPAN tanda dalam bahasa Farsi tertera dua buah pinggang untuk dijual. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Satu laporan media mendakwa ramai penduduk Iran yang dihimpit kemiskinan terpaksa menjual organ dalaman mereka kepada pembeli luar negara di tengah-tengah krisis ekonomi yang semakin meruncing.   

Lapor Daily Mail, laporan media tempatan mendakwa penduduk menjual organ buah pinggang, hati, kornea, sumsum tulang, sperma dan ovum untuk menyara keluarga atau membayar bil perubatan mereka.

Jelas laporan itu, golongan penduduk itu mampu memperoleh antara AS$7,000 hingga AS$15,000 (RM31,185 hingga RM66,826) bagi setiap organ yang dijual.  

Portal Iran International yang memetik media tempatan melaporkan orang tengah terlibat dalam sindiket bernilai jutaan dolar itu akan membeli organ manusia untuk dihantar ke beberapa negara termasuk  Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye dan Iraq.

“Tiada bukti menunjukkan tindakan diambil untuk menghentikan pasaran gelap dalam talian itu, biasanya pembeli memperoleh organ berkenaan melalui paksaan atau penipuan,” jelas laporan.       

Laporan itu turut mendakwa orang tengah sering menggunakan media sosial sebagai `alat pemasaran’ untuk menyasarkan penduduk yang dihimpit kemiskinan.

Pada 2019, parti pembangkang Iran pernah mendakwa kerajaan ketika itu seolah-olah menyokong tindakan penduduk menjual organ dalaman mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Sementara itu, seorang mangsa mengakui sanggup menjual organ dalaman disebabkan masalah kewangan dialaminya.  

“Saya berusia 22 tahun dan mempunyai darah jenis O negatif. Saya sanggup menjual buah pinggangnya pada harga AS$10,000 (RM44,549).     

“Disebabkan masalah kewangan, saya tiada pilihan selain menjual organ saya.

“Jika anda mahu, saya juga sanggup menjual sebahagian hati saya pada harga AS$4,000 (RM17,819),” katanya kepada Jahan-e-Sanat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya