Jet pejuang AS terhempas di Selatan Seoul - Utusan Malaysia

Jet pejuang AS terhempas di Selatan Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sebuah jet pejuang F-16 milik Amerika Syarikat (AS) terhempas latihan di kawasan pertanian di selatan Seoul.

Menurut tentera AS dalam satu kenyataan, kejadian berlaku awal pagi tadi namun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda.

“Sebuah pesawat pejuang F-16 Falcon yang ditugaskan kepada Sayap Pejuang Ke-8 terhempas di kawasan pertanian berhampiran Pangkalan Udara Osan pada kira-kira 9.45 pagi (waktu tempatan) di wilayah Gyeonggi. Nahas itu berlaku semasa latihan rutin.

“Juruterbang jet itu selamat dikeluarkan sebelum nahas dan sudah dibawa ke hospital berhampiran. Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca nahas,” jelas kenyataan itu.

Gabenor Gyeonggi, Kim Dong-yeon menerusi akaun Twitter miliknya memaklumkan, jabatan bomba tempatan dikerah ke lokasi nahas dan berjaya memadamkan kebakaran.

Media tempatan berkata, kemalangan itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan kerana ia berlaku di kawasan luar bandar.

“Tiada rumah orang awam berhampiran nahas itu, menyebabkan tiada lagi kerosakan selain jet,” kata seorang pegawai polis yang dipetik oleh agensi berita Yonhap.

Washington merupakan sekutu keselamatan utama Seoul dan menempatkan kira-kira 28,500 tentera di Korea Selatan untuk membantu melindungi negara itu daripada ancaman Korea Utara.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya