Jemaah haji meninggal dunia selamat dikebumi di al-Baqi'

Jemaah haji meninggal dunia selamat dikebumi di al-Baqi’

JEMAAH haji Indonesia yang meninggal dunia di Tanah Suci Khamis lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Baqi di Madinah.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia mengumumkan kematian seorang jemaah haji dari kumpulan pertama yang menunaikan ibadah haji di Madinah minggu lalu.

Ketua Biro Perancangan Kementerian Agama, Ramadhan Harisman berkata,  jemaah bernama Suprapto Tarlim Kerto Wijoyo, 52, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Haji Indonesia (KKHI) dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Baqi’ di Madinah Jumaat lalu.

“Suprapto Tarlim yang berasal dari Demak, Jawa Tengah disahkan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di Hotel Abraj Taba Khamis lalu. 

“Sesuai dengan ketentuan, kami akan melakukan badal haji untuk jemaah ini. Jenazah disembahyangkan di Masjid Nabawi usai solat Jumaat dan dikebumikan di al-Baqi,” jelasnya dipetik Kompas.com.

Menurut Ramadan, terdapat 21 jemaah haji Indonesia sedang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan yang disediakan di Madinah termasuk lapan orang yang dikejarkan ke Hospital Arab Saudi.

Justeru, Ramadhan turut menyeru para jemaah haji terutamanya warga emas supaya menjaga kesihatan dan mengelakkan aktiviti luar.

Beliau turut menasihatkan semua jemaah untuk sentiasa membawa air minuman secukupnya bagi mengelak dehidrasi berikutan cuaca panas di Madinah yang kini mencecah 40 darjah Celcius.

“Bagi jemaah yang sudah berumur, jangan paksa diri jika keadaan fizikal tidak mengizinkan mereka untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi. Jemaah juga boleh solat di hotel untuk mengelakkan keletihan.

“Jemaah yang ingin beribadat di luar asrama atau berziarah ke Madinah pula perlu sentiasa membawa payung atau topi supaya tidak terdedah kepada haba terus dari terik matahari dan memakai sandal bersesuaian bagi mengelak masalah kelepuhan pada kaki,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya