Jangkitan sifilis meningkat di Indonesia - Utusan Malaysia

Jangkitan sifilis meningkat di Indonesia

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia melakukan saringan dengan kerap bagi mencegah penularan sifilis yang semakin meningkat di negara itu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia merekodkan  peningkatan kes penyakit kelamin sehingga 70 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.

Menurut Pengarah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan, Imran Pambudi, pada tahun 2018, sebanyak 12,484 kes sifilis dikesan di negara itu, namun jumlahnya terus meningkat sehingga mencecah 20,783 kes tahun lalu. 

Imran menjelaskan, Kementerian Kesihatan memberi tumpuan kepada pencarian kes dengan menjalankan saringan awal sifilis di peringkat penduduk terutamanya populasi yang terdedah dan berisiko tinggi.

“Peningkatan kes ini adalah berikutan peningkatan jumlah orang yang disaring berkaitan sifilis. 

“Jadi program ini lebih baik kerana lebih banyak yang ditemui, lebih ramai yang akan dirawat supaya tidak menjangkiti orang lain terutama wanita hamil yang dikhuatiri boleh menularkannya kepada bayi mereka,” kata Imran ketika dihubungi CNN Indonesia.

Katanya, saringan sifilis di negara itu menggunakan ujian pantas yang menepati piawaian dan memberi keputusan dengan cepat, supaya pesakit boleh dirawat segera jika dikesan positif.

“Selaras dengan itu, pendidikan dan pencegahan dengan kondom juga sedang digalakkan oleh pihak kementerian kerana sifilis adalah ‘peniru hebat’ hingga gejala jangkitan boleh berubah menyerupai penyakit lain.

“Kementerian juga menyediakan rawatan, akses kepada perkhidmatan, latihan dalam kemudahan perkhidmatan kesihatan, ketersediaan logistik perubatan dan alat pemeriksaan sifilis untuk mencegah penyakit ini daripada terus menular,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya