BANGKOK: Cadangan pembinaan Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang secara tidak langsung memudahkan perdagangan di antara Thailand dan Malaysia, terutamanya di sempadan khas zon ekonomi.
Jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek berkata, jambatan kedua yang menghubungkan Sungai Golok di wilayah narathiwat dan Rantau Panjang di Kelantan akan membantu meningkatkan pelancongan dan perdagangan rentas sempadan.
Katanya, Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha menyambut baik keputusan mesyuarat teknikal ketiga antara Malaysia-Thailand berhubung projek pembinaan jambatan tersebut yang berlangsung di Putrajaya, Malaysia kelmarin.
Ratchada berkata, Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan mencadangkan supaya semua masalah berkaitan diselesaikan tepat pada masanya, seiring dengan perancangan belanjawan untuk tahun fiskal 2024.
“Pembinaan jambatan itu boleh disiapkan lebih awal untuk manfaat rakyat di kedua-dua negara, terutamanya di Narathiwat dan kelantan yang sudah menunggu lebih 20 tahun untuk kemudahan jambatan.
“Perdana Menteri percaya situasi di sempadan akan bertambah baik melalui hubungan baik antara rakyat dengan rakyat,” katanya.
Pengurusan nilai Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dilaksanakan pada 18 hingga 22 Julai tahun lalu di Kota Bharu, Kelantan.
Thailand turut memaklumkan mereka bersetuju dengan konsep reka bentuk jambatan yang disediakan Malaysia.