TEHERAN: Iran hari ini menghukum mati dua tahanan yang didapati bersalah kerana menghina kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.
Sadrollah Fazeli Zarei dan Youssef Mehrdad menjalani hukuman gantung selepas mengaku salah membakar al-Quran dan menghina Rasullah.
Seorang daripada pesalah mengaku membuat kesalahan itu menerusi media sosial pada Mac 2021 sebelum ditahan dan dikenakan hukuman.
Iran dilaporkan melaksanakan hukuman mati lebih banyak banyak berbanding negara lain, kecuali China.
Menurut Amnesty International, negara ini melaksanakan hukuman gantung 75 peratus lebih banyak pada tahun lalu berbanding 2021.
Sekurang-kurangnya 582 orang dihukum mati di Iran pada tahun lalu, iaitu yang tertinggi di negara ini sejak 2015.