Mahkamah Agung isytihar penahanan Imran Khan tidak sah

Mahkamah Agung Pakistan isytihar penahanan Imran Khan tidak sah

IMRAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Mahkamah Agung Pakistan hari ini mengisytiharkan penahanan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak sah selepas penahanannya dua hari lalu mencetuskan protes ganas di seluruh negara.

Imran ditahan kelmarin atas tuduhan rasuah sebelum direman dalam tahanan. Terdahulu beliau difahamkan melancarkan kempen menentang penubuhan tentera Pakistan.

Ketua Hakim Pakistan Umar Ata Bandial mengarahkan pihak polis membawa Imran Khan ke Mahkamah Agung sebagai tindak balas kepada petisyen oleh parti politiknya yang mencabar penahanan itu.

“Penangkapan anda (Imran) adalah tidak sah, maka keseluruhan proses perlu dibatalkan,” katanya.

Imran juga memberitahu mahkamah bahawa dia dilayan seperti pengganas.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rana Sanaullah memaklumkan Imran Khan ditahan selepas bekas perdana menteri itu mengabaikan perintah untuk melaporkan diri.

Menurut Rana, Imran semasa menjadi perdana menteri dan isterinya didakwa menerima pemberian tanah bernilai 7 bilion rupee (RM110 juta) daripada seorang pemaju hartanah di Britain atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram.

Jelas beliau, pihak berkuasa Britain memulangkan 190 juta pound (RM1.06 bilion) kepada Pakistan, berkaitan dengan pengubahan wang haram itu.

Imran juga memulangkan wang terbabit kepada pemaju hartanah berkenaan namun tidak menyerahkannya kepada perbendaharaan negara selain menafikan dakwaan kononnya menerima komisen hasil urus niaga tersebut.

Dilaporkan, kes itu merupakan antara lebih 100 kes rasuah yang difailkan terhadap Imran, sejak beliau digulingkan daripada jawatannya setelah berkuasa selama empat tahun.

Imran dilarang daripada memegang sebarang jawatan awam sekiranya didapati bersalah, ketika pilihan raya umum Pakistan dijangka diadakan pada November akan datang.

Dalam pada itu, polis mengesahkan hampir 2, 000 orang ditahan di Punjab di Pakistan, negeri paling ramai penduduk sejak protes tercetus selepas penahanan bekas perdana menteri itu.

“Pasukan polis menahan 945 orang yang melanggar undang-undang dan pesalah dari seluruh negeri,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, seramai 130 anggota dan pegawai polis cedera dalam rusuhan yang tercetus selepas penahanan Imran.

Sementara itu, pihak berkuasa di tiga wilayah Pakistan menguatkuasakan perintah darurat, menghalang semua perhimpunan, selepas penyokong Imran bertempur dengan pihak polis, mengepung jalan raya utama dan menyerbu bangunan markas tentera. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya