Gagal sewa rumah kerana keputusan peperiksaan zaman sekolah tidak cemerlang

Gagal sewa rumah kerana keputusan peperiksaan zaman sekolah tidak cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kisah tuan rumah di Bengaluru tular di media sosial baru-baru ini selepas menolak untuk menyewakan kediamannya hanya kerana penyewa tersebut mendapat keputusan peperiksaan yang teruk ketika di tingkatan lima.

Masalah itu diceritakan seorang pengguna Twitter bernama Shubh yang berkongsi tangkap layar perbualan sepupunya yang gagal menyewa pangsapuri gara-gara gred zaman sekolahnya tidak menepati syarat yang diletakkan tuan rumah walaupun dia sudah bekerja.

“Saya tidak percaya sepupu saya ditolak untuk menyewa flat oleh pemilik kerana dia mendapat 75 peratus ketika di gred 12 dan pemilik menjangkakan sekurang-kurangnya 90 peratus,” tulisnya..

Sejak beberapa bulan lalu, ramai pekerja yang mencari rumah sewa di Bengaluru mengeluh kerana pemilik meletakkan syarat dan meminta butiran yang tidak munasabah selain mengenakan harga sewa yang melampau.

Tuan rumah juga sering meminta penyewa berpotensi untuk menyediakan autobiografi pendek, memberikan profil LinkedIn mereka serta maklumat tambahan lain tentang kelulusan dan tempat pengajian.

Pemilik rumah dilaporkan mengambil kesempatan menaikkan harga sewa dan mendapatkan tawaran paling tinggi berikutan peningkatan migrasi perniagaan perisian dan jurutera ke bandar itu.

Menurut data daripada penyelidik pasaran, tuan rumah di bandar itu yang menerima jolokan sebagai Silicon Valley India, kini mengenakan perkadaran tertinggi nilai hartanah mereka untuk sewaan, mengatasi hab kewangan di Mumbai.

Ibu kota Karnataka itu menempatkan lebih 1.5 juta pekerja, termasuk syarikat global seperti Google Alphabet Inc, Amazon.com Inc, Goldman Sachs Group Inc dan Accenture Inc.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya