'Bola-bola api' dikesan di langit Jepun - Utusan Malaysia

‘Bola-bola api’ dikesan di langit Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Objek berapi dilihat merentasi langit malam di selatan Jepun, mengejutkan penduduk sekitar.

Video tular di media sosial menunjukkan objek seakan bola api yang kelihatan menyala di kawasan langit itu menyebabkan penduduk dan warganet membuat pelbagai spekulasi tentang paparan luar biasa itu.

Menurut pegawai Jepun, objek berkenaan dipercayai adalah serpihan roket angkasa lepas yang dilancarkan oleh China.

Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Jepun (NAOJ) cawangan Ishigaki di Okinawa berkata, pihaknya mengesan jaluran cahaya itu pada pukul 8.33 malam (waktu tempatan) semalam.

“Memandangkan maklumat yang tersedia secara umum, kami berpendapat objek yang jatuh bukanlah bola api dari meteorit tetapi adalah serpihan roket.

“Kelajuan perlahan dan cara cahaya bergerak dengan benang lampu bergerak selari kelihatan betul-betul seperti kemasukan serpihan roket ke atmosfera.

“Kemungkinan ia adalah serpihan dari roket yang dilancarkan oleh China pada November lalu kerana terdapat maklumat bahawa sebahagian daripada roket itu dijangka memasuki semula atmosfera sekitar waktu ini,” jelas NAOJ.

Menurut NAOJ, serpihan itu berkemungkinan jatuh ke dalam lautan dan tidak mendatangkan bahaya berikutan ramalan kawasan yang akan dilaluinya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya