39 dikhuatiri lemas, kapal nelayan China karam di Lautan Hindi

39 dikhuatiri lemas, kapal nelayan China karam di Lautan Hindi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 39 orang dikhuatiri lemas selepas sebuah kapal nelayan China terbalik di tengah Lautan Hindi.

Media tempatan, CCTV melaporkan individu itu terdiri daripada 17 anak kapal China, 17 warga Indonesia dan lima kelasi dari Filipina.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan semua anak kapal yang hilang.

Malah, Perdana Menteri China, Li Qiang mengarahkan pihak berkuasa mengukuhkan prosedur keselamatan untuk aktiviti menangkap ikan di laut.

Kapal dikenali sebagai Lu Peng Yuan Yu 028 dilaporkan karam kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan) semalam.

Lapor media CCTV, Presiden Xi Jinping sudah mengarahkan operasi pencarian diselaraskan, namun setakat ini, tiada mangsa ditemukan.

Pasukan penyelamat dari seluruh wilayah dilaporkan berada di tempat kejadian.

China juga mengerahkan dua kapal komersial, Lu Peng Yuan Yu 018 dan Yuan Fu Hai untuk membantu operasi pencarian itu.

“Terdapat keperluan untuk mengukuhkan lagi pengurusan keselamatan kapal-kapal nelayan di laut serta melaksanakan langkah pencegahan untuk memastikan keselamatan pengangkutan maritim,” kata Li Qiang.

Beliau juga mengarahkan kementerian berkaitan memperkukuhkan pengawasan terhadap sektor perikanan.

Dilaporkan, kapal karam itu dimiliki oleh Penglai Jinglu Fishery Co.

Menurut laman sesawang penjejakan Marine Traffic, kapal itu meninggalkan Cape Town pada 5 Mei lalu.

Kapal itu yang dalam perjalanan ke Busan, kali terakhir ditemukan pada 10 Mei di tenggara Pulau Reunion. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya