Wanita kaji primat liar paling lama

Wanita kaji primat liar paling lama

JANE Goodal bersama-sama haiwan primat peliharaan yang dikajinya. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBE: Seorang wanita yang juga ahli primatologi dan antropologi memegang rekod Rekod Dunia Guinness dengan menjalankan kajian primat liar paling lama.

Dr. Jane Goodal yang kini berusia 83 tahun, memulakan kajian Cimpanzi Gombe ketika berusia 26 tahun.

Kajian yang dilakukannya itu dilaporkan akan mencapai ulang tahun ke-63 pada 14 Julai ini.

Jane yang merupakan ahli Dewan Kemasyhuran Rekod Dunia Guinness terkenal di seluruh dunia kerana kerja-kerja pemuliharaannya.

Jane memulakan kerjanya di tempat yang kini dikenali sebagai Taman Negara Gombe Tanzania pada tahun 1960.

Sekarang, dia bekerja di bawah Institut Jane Goodall yang diasaskannya pada tahun 1977.

Gombe terletak di tepi Tasik Tanganyika dan merupakan salah satu taman negara terkecil di Tanzania, seluas lebih 50 kilometer persegi.

Walaupun mungkin kecil, ia menyediakan habitat penting kepada sekitar 150 cimpanzi dan banyak spesies lain.

Kajian Jane mencatatkan data bernilai lebih daripada 165,000 jam melalui pemerhatian lebih 320 cimpanzi yang tinggal di taman itu selama beberapa dekad. Kajian ini juga menjadi asas kepada lebih 430 kertas penyelidikan akademik. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya