Wanita cedera terkena peluru sesat di kemaluan

Wanita cedera terkena peluru sesat di kemaluan

IMBASAN CT menunjukkan peluru tersebut tersekat di bahagian kemaluan wanita itu. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Seorang wanita di Somalia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan peluru sesat yang tersekat di bahagian kemaluannya.

Lapor Daily Mail, wanita berusia 24 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas sebutir peluru bersaiz dua sentimeter (cm) secara tiba-tiba menembusi siling rumah semasa dia sedang berehat di ruang tamu.

Wanita yang identitinya disembunyikan terpaksa menahan kesakitan selama sejam sebelum menerima rawatan.

Imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan peluru itu `menghinggap’ di bahagian kemaluan selepas terkena tembakan itu.

Beberapa gambar menampilkan kecederaan ngeri dialami wanita itu disiarkan dalam International Journal of Surgery Case Reports.

Malah, pasukan doktor menganggap kes terbabit adalah yang pertama seumpamanya.

“Setakat pengetahuan kami, kes ini adalah unik kerana peluru itu tersekat di bahagian kemaluan wanita itu,” jelas doktor itu.

Wanita itu menerima rawatan di Hospital Erdogan di Mogadishu dan tarikh kejadian tidak didedahkan oleh doktor dalam laporan kes.

Setibanya di hospital, wanita itu memberitahu pakar obstetrik dan ginekologi bahawa ketika kejadian dia sedang duduk berehat di ruang tamu.

Wanita itu dibenarkan pulang sehari selepas selamat menjalani pembedahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya