Venetian Ceruse kosmetik paling beracun - Utusan Malaysia

Venetian Ceruse kosmetik paling beracun

WANITA abad ke-16 menggunakan alat kosmetik dengan campuran plumbum dan logam walaupun bahan tersebut diketahui boleh membawa maut.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Serbuk putih dinamakan Venetian Ceruse digelar sebagai alat solek paling bertoksik dalam sejarah peradaban dunia yang berakar umbi di kebanyakan Mahkamah Diraja Eropah pada zaman Renaissance.

Pigmen berasaskan plumbum putih itu pertama kali mencipta sejarah pada abad ke-16 sebagai kosmetik atau bedak asas pada wajah bagi kebanyakan wanita bangsawan dan masyarakat golongan atasan di Eropah.

Sebelum kemunculan kosmetik alternatif yang lebih sihat, alat solek tersebut menjadi produk yang paling dipercayai, hangat diperkatakan dan laris dijual secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang cerah dan putih gebu bak bayi.

Dikenali juga sebagai spirit of Saturn, Venetian Ceruse terus digunakan secara meluas sebelum diharamkan pada tahun 1800 selepas diketahui mempunyai kesan sampingan yang sangat buruk. 

Kuantiti minimum logam digunakan dalam formula penyediaan alat solek itu untuk mengurangkan risiko pada pemakai tetapi tahap toksik bagi penggunaan berterusan membawa kepada banyak kes keracunan kronik.

Kajian sejarah menunjukkan pengguna mengalami keguguran rambut dan kening, gigi berlubang, parut pada kulit selain masalah kesihatan jangka panjang seperti penurunan kognitif awal, ketidaksuburan,koma serta sawan.

Kebanyakan wanita terperangkap dengan keinginan untuk mendapatkan kulit yang lebih lut sinar dan sempurna hingga memaksa mereka menggunakan lapisan yang lebih tebal dan berat sekalipun mengetahui bahaya yang mendatang.

“Hari demi hari, bahan-bahan toksik dalam formula itu melemahkan kesihatan pencinta fesyen di seluruh Eropah tanpa mereka sedar.

“Walau bagaimanapun, ramai wanita dan tokoh sejarah serta beberapa ratu termasuk Ratu Elizabeth I dilaporkan menggunakan alat solek berbahaya itu,” jelas Rekod Dunia Guinnes dalam satu kenyataan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya