Ular 'tumpang' kerusi juruterbang - Utusan Malaysia

Ular ‘tumpang’ kerusi juruterbang

ULAR berbisa ditemukan melingkar di bawah kerusi juruterbang pesawat peribadi yang berlepas dari Bloemfontein baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN: Seorang juruterbang Afrika Selatan terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas menyedari seekor ular berbisa berada di bawah tempat duduknya.

Lapor UPI, juruterbang tersebut, Rudolf Erasmus sedang menerbangkan pesawat peribadi yang membawa empat penumpang dari Bloemfontein ke Pretoria apabila dia mendapati dirinya berada dalam situasi sama seakan filem Snakes on a Plane.

Erasmus berkata, dia pada mulanya menyangka sesnsasi sejuk yang dirasai melalui bajunya datang dari botol airnya yang bocor.

Tetapi apabila menoleh ke kiri dan melihat ke bawah, Erasmus dapat melihat kepala ular itu berundur ke belakang di bawah tempat duduknya.

“Saya terkejut dan terus terpaku tidak mampu berkata apa-apa. Saya mengambil masa beberapa saat untuk benar-benar percaya saya baru sahaja melihat ular tedung yang sangat berbisa sedang melingkar di kerusi saya,” katanya.

Juruterbang itu dengan pantas menghubungi pusat kawalan untuk melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang terdekat di Welkom dan memaklumkan penumpangnya  tentang kehadiran ular itu.

Berbeza dengan filem yang ditayangakn pada tahun 2006 itu, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat tanpa ada sesiapa yang dipatuk ular tedung tersebut. 

Erasmus berkata, ular itu masih melingkar di bawah kerusinya ketika mereka keluar dari pesawat, tetapi reptilia tersebut hilang ketika seorang penangkap ular profesional tiba di tempat kejadian.

Pekerja di kelab terbang Worcester, tempat pesawat itu berlepas turut mendedahkan mereka juga sebelum itu melihat seekor ular merayap di bawah pesawat, tetapi lenyap sebelum dapat menangkapnya.

Pesuruhjaya Penerbangan Awam Afrika Selatan, Poppy Khosa  memuji Erasmus sebagai wira kerana mengendalikan situasi cemas itu dengan baik untuk menyelamatkan semua penumpang pesawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya