Tradisi lebaran ketupat setiap 8 Syawal  - Utusan Malaysia

Tradisi lebaran ketupat setiap 8 Syawal 

BEBERAPA lelaki mengangkat hiasan juadah untuk disajikan kepada tetamu tradisi lebaran ketupat di pantai Batulayar, Lombok Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Masyarakat di Jawa Timur termasuk di Surabaya terkenal dengan tradisi sambutan dikenali sebagai lebaran ketupat yang sering diraikan setiap 8 Syawal atau seminggu selepas hari raya Aidilfitri.

Lapor Kompas.com, tradisi membuat ketupat hari raya itu juga sering disebut ‘bakda kupat’ atau ‘riyoyo kupat’.

Asal usul tradisi lebaran ketupat dikaitkan dengan aktiviti dakwah salah seorang Wali Songo iaitu Sunan Kalijaga yang pertama kali memperkenalkan ketupat kepada penduduk di sekitar Indonesia.

Cendekiawan budaya, Zastrouw Al-Ngatawi berkata, tradisi tersebut muncul pada zaman Wali Songo yang berdakwah menggunakan tradisi slametan yang kemudian diubah menjadi saranan untuk memperkenalkan ajaran Islam,  bersyukur kepada Allah SWT, bersedekah, dan mengeratkan silaturahim di Aidilfitri.

Tradisi tersebut disambut seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri dengan aktiviti makan ketupat bersama setelah selesai menjalankan ibadah berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal.

Menurut laman web Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, warga Surabaya sering meraikannya di masjid atau surau di sekitar kawasan kejiranan. 

“Ciri khas tradisi lebaran ketupat di Surabaya ialah setiap penduduk akan membawa ketupat sendiri dari rumah masing-masing. Kemudian diadakan acara selamatan atau bancakan  sebelum akhirnya ketupat akan kembali dibawa pulang. 

“Kebiasaannya ketupat yang dibawa dibuat sehari sebelum majlis dan kemudian diedar kepada saudara mara dan jiran tetangga sebagai medium silaturahim. Maka tidak hairanlah menjelang hari raya nanti ramai penjaja yang menjual pembungkus ketupat diperbuat daripada daun kelapa,” jelasnya.

Selain itu, terdapat juga lauk pauk sampingan lain yang turut disediakan ketika meraikan sambut tersebut dipanggil ‘nggowo konco’ seperti sup, kuah lodeh, sambal goreng dan pelbagai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya